Tuesday 6 August 2013

Ramadan makin hampir penghujung


Sungguh,
Masa berlalu begitu pantas sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup.
Rasa "sekejap" masa yang pernah dilalui masa bulan yang mulia ini.
Dari pertama kita masuk dalam Bulan Ramadan, sehinggalah kita sampai ke penghujung Ramadan.  
Ramadan adalah bulan Quran,
Bulan yang penuh barakah, tidak sama dengan bulan-bulan yang lain.

Allah S.W.T. berfirman,
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosa-dosa yang lalu."

Lihat dan renung.
Betapa Allah sayangnya pada kita, sehingga diberi peluang untuk dijemput masuk menjadi tetamu agung, Ramadan Mubarak.
Kini,
Kita sudah sampai ke penghujungnya.
Sungguh tak tertahan sebak di dada,
Terasa sangat sayu.
Ramadan sudah sampai di muka pintu.
Bahkan majoriti sibuk membuat persiapan raya yang bakal menjelang esok.
Baju baru, kasut baru, langsir baru, semuanya mahu yang baru-baru belaka.
Kita tidak pernah meminta "hati yang diperbaharui",
seolah-olah kita baru dilahirkan di dunia.
Cukuplah baju lama yang masih ada elok dipakai boleh digunakan masa Syawal yang bakal menjelang.
Cukuplah kesederhaan menjadi utama di dalam kehidupan seharian.
Kita masuk dengan penuh kekotoran diri,
keluar semua darinya dalam keadaan fitrah seperti hari awal kita di bumi.
Masih adakah peluang untuk bertemu dengan tetamu agung kita, Ramadan Mubarak pada tahun yang akan datang? 
Belum tentu lagi.
Mungkinkah Ramadan kali ini adalah yang terakhir buat kita?
Tiada siapa yang boleh nyatakan dengan pasti.
Tapi,
Pertemuan dengan Allah adalah detik yang pasti.
Allah.
Semoga kita memanfaatkan Ramadan yang masih berbaki hari ini.
Rebutlah peluang yang masih ada.

Mari renung.
Mari muhasabah kembali.









No comments:

Post a Comment